Khamis, 30 Julai 2009

bila dah marah.....

awal pagi tadi ada kastemer tak puas hati dengan bil yang tak update lagi.menjerit ngalahkan suara itik serati linda jasmin.sakit telinga saya mendengarnya.saya jadi panas.berapi2.sekali dah mengah2 jerit encik Abu pon berkata:
saya tak nak awak bagi apa2 solution.saya cuma nak penyelesaian!!!!!!

saya terdiam.tak jadi marah.dalam hati bantai gelak2 panas.malas nak layan.lepas tuh dia hung up.tak puas hati dia telefon semula kawan saya jawab.sama.beliau menjerit ala2 black mentor pula.haisssssshhhhhhhh



marah2 kang saya goreng kang...

sekian blog pada hari ini.


LOL, ezam

Rabu, 29 Julai 2009

alahai kosmo.....

saya terbaca artikal kosmo 27/07/2009[itupun sebab ada grup invitation dari fesbuk.i dun read rubbish.bungkus tempe je kertas NP itu]:

'daripada striker bola kepada Pengarah Filem Tersohor'

fyi artikel itu adalah orbituari berkenaan yasmin ahmad dan saya berkata WTF!!!!!!!!!!!!!!

yang dah pergi biarlah dia pergi dengan tenang.hal2 peribadi dia itu antara dia dengan Allah.yang kita ni yang masih hidup pun tak tentu lagi
.

watch out kosmo!!!!

LOL,
ezam

Isnin, 27 Julai 2009

temuduga yang kecewa

tadi saya pergi temuduga.konon carreer progression lah.gaji riban2.taPi....

berikut antara sesi perbualan temuduga yang telah di alih bahasanya kerana segala perbualan kami adalah daLam bahasa Peranchis[wakluuu]

cik puan:oh setelah saya teliti anda lebih berminat dengan kastemer serbis...
saya: ya cik.saya servis baiiiikkkkkkkk punyeeeeeee...[sambil mengekspresikan muka comel saya.konon menggoda]
cik puan:maaflah jabatan ini hanya terlibat dengan sales secara total.
saya: ya ke..
[hampas tak perasan]
cik puan:anda tidak membaca tentang skop kerja ini sewaktu memohon?
saya:ada.cuma baru perasan sebentar tadi sewaktu memeriksa email saya [kantoi sangat desperet]
cik puan:jadi anda masih berminat.

saya:semestinya tidak [muka yakin ni]
saya:walau bagaimanapun adakah boleh sekiranya CV saya itu diserahkan kepada jabatan kastemer serbis..[poyo je cover line]

cik puan:baiklah.saya akan usahakan.
cik puan:cuma lain kali baca dulu deskripsi kerja sebelum memohon [makan daLam...saya kena balik]

saya:baiklah.maaf kerana mencuri masa cik puan.

kalau datang pakai macam ni mesti dapat barangkali

nampak gayanya saya yang emsem ni kena meneruskan juga pekerjaan di tempat yang sama sampai tua.

sekian blog pada hari ini,


LOL,

ezam

Ahad, 26 Julai 2009

dia pergi tanpa pesan.....





takziah paDa keLuarga yasmin ahmad.anda memang HEBAT!!!!! [saya tonton semua filem anda di pawagam !!!].

agak pelik masa dia hiDup ramai yang mengata.taPi bila dia dah tiada ramailah puLa yang terasa keHilangan blablabla........ape2 ajeLah...yang penting i'm not plastic bag...[kadang2Lah jika terpaksa]


sekian,blog hari ini.

LOL,
ezam

Sabtu, 25 Julai 2009

hey u!!!!

ada makhluk Allah ajak huha2.anda patut tahu:
  1. saya tak pernah masuk kelab dan tak berminat ke sana.
  2. saya tak merokok[rokok mahal.saya tak ade duit]
  3. saya agak pemalu.[tapi bila dh rapat jadi sangat tak malu].
  4. saya menghabiskan masa [selain kerja] di rumah sahaja.
  5. saya gile berfesbuk.tapi sampai kat situ sajelah.berkenal2an disana.huha2 disana.jumpa2an in realiti tak kot[sila refer no.3&4]
  6. i can't be what i am not [chewah]
sekian terima kasih.


p/s:sekarang guna saya tak mahu guna aku di blog.budi bahasa budaya kita..[katenyer]


p/s:ini lah bmw kesayangan saya


LOL,
ezam

kata2 mutiara


hanya 2 perkara paling seronok tentang kerja.
  1. bila waktu habis kerja
  2. bila daPat gaji
sekian blog pada hari ini.

LOL,

ezam

Jumaat, 24 Julai 2009

seksilah suara abang..(???)

aku:hai saya emsem apa yang boleh saya bantu
di
a:bang aku maw code(disebut co-der)nada sambung la bang...(sambil tergelak2 dgn kwn sebelah dia)
aku:nama siapa cik?
dia:nama saya feeera...(piiirah padahal kt sistem tunjuk tuminah)

aku:baiklah saya pastikan tujuan memangil..blablabla.......
-----------bila dh dapat apa yg dihajat-----------------------

aku:ada apa lagi yang boleh saya bantu cik feeera?

dia:abang dah makan?...(mula lah tuh)

aku:belum lagi cik fira....
aku:maaf ya berkenaan dgn produk *tOOOOoot* saj saya bley bantu

dia:suara abang SEKSIlah....terima kasih ya bang

aku:terima kasih kerana memilih *tOOoooot*....(aku dh kembang kempis dah kena puj nieh)

*motip posting tak relevan*

LOL,
ezam

Khamis, 23 Julai 2009

30 (not)going 13

sudah 30 tahun secara rasminya.masa untuk memandang ke depan.apa yang dah berlalu jadikan renungan.inshaallah akan cuba perbaiki kehidupan dan perbaiki diri.tak mahu lagi tinggalkan solat.tak mahu lagi buat dosa2 besar.(yang kecil2 mungkin =D).

apa2pun terima kasih kepada asrul yang membelanja aku di shangri-La....the food dh tak wow lagi dah....tak mahu ke sana lagi lah...(ahhhhh komplen pula)...


hrmmmmmm its feeL good being 3O!!!


LOL,
ezam

Selasa, 21 Julai 2009

my opismate wedding.


aku dah takde idea jadi aku upload saja gambar kahwen danial and shazmeen ini.....semoga berkekalan selama2nya..................

dan aku yang berangan2 menjadi fotographer duk sibuk shot sana sini dan tidak berapa mengenjoykan diri...susah pula mahu mengadjust setting SLR ku itu....gelap.blur.goyang.etc...mcm hampeh.

love the suit......well tailored...


danial's bro n cousins.....sweeet sangat
(yg ni maaf gambar tak clear......masih kurang mahir teknik indoor nieh)





sampai sini duLu

LOL,
ezam

bestday!

genap 30 tahun hari ni.feeLnya ada sedikit lain.
macam tak percaya.tua daH aku ruPenya.
apa2 pon akan aku haDapi seMua denGan segaLa ke
kuaTan, senYuman dan keCintaan sesaMa inSan dan padaNya juga.


teringin lak tetiba duduk di sini....huhuhu..motiP



LOL,
ezam

Jumaat, 17 Julai 2009

mencoba sesuatu yang baru?

sudah hampir 30 tahun idup.
bila dinilai2 pattern kehidupan aku adalah dalam pola yang sama.
terlalu naratif dan tiada sebarang perubahan.
[kecuali aku agak'sesat' sedikit la]
lagi 3 ari nk selebret hari jadi.
aku teringin untuk mencuba sesuatu yang baru.
aku teringin untuk berubah.
jangan suruh tukar jantina pula.
itu bengong namanya.

kalaulah ada extra duit.boleh ada lifestyle ala2 sex in the city. huhuhuhuhu
-

motip gambor tak releven???

LOL,
ezam

Khamis, 16 Julai 2009

aPa2 saja

kadang2 aku rasa kelakar tengok orang sekeliling aku.macam2 karenah.macam2 ragam.aku sekadar melayan.menokok tambah.mengiyakan dan menidakkan.tapi tak sesekali menambah bara yang terpendam.itu bukan aku.A kecik ati ngan B.C merajuk dgn D.macam2 ada.

pada aku itu biasa.dan aku malas nak terlibat sama dengan hal2 biasa nieh.aku
tak kacau orang.jadi orang tak boleh kacau aku sesuka hati.yang penting aku datang ofis buat kerja aku dan balik.nothing else matters.bikin serabut saja.

habis kerja aku balik aku on9.layan facebook.hardcore one.tak dapat on9 sehari rasa tak kena.huhahuha on9 saja.tapi nak berjumpa2an agak keberatan sedikit.lain kali mungkin.buat masa ni lebih selesa di alam maya saja.sekali sekala aku tutp facebook aku sebentar.bagi rehat.

ada orang komplen aku asyik facebooking saja.tapi bila difikir2 nasib baik sekadar facebooking.kalau buat benda lain kang.ada gak orang komplen asal letak shout out aku lah orang pertama yang komen.tak ada orang lain.tapi bila aku tak komen, dia orang pula yang sibuk tanya kenapa.hahahahaha.

-














bikin pusing!!!!


LOL,
ezam

Rabu, 15 Julai 2009

ke manakah pendapatanku di salurkan?

gaji sebulan:RM2300(+/-)
[(basic:RM1650)+(elaun:RM620)+(kpi:xtentu)+(ot:xtentu)]


belanja wajib setiap bulan:

sewa rumah: RM350.00

kereta: RM505.00

ASB: RM264.00

streamyx: RM110

emak: RM300

minyak: RM200

tol: RM92


total: RM1821


mantainance: RM30.00

makan: RM150.00

lain2: RM200

emergency: RM100


total: RM380.00


RM2300-RM1821-380=RM99.00------------->nih aje yg tinggal!!!!!!!


jadi kepada sesiapa yang ingat aku bergaji besar, hidup mewah,lepas tu nk pow2 makan free aku belanja harus di ingat yang aku tak sesenang yang di sangka.kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
-


juga kepada sesiapa yang sudi nak sponsor diriku yang bagai tapak sulaiman nih sudi2kan lah....kecil tapak tangan,dompet kosongku sedia ku tadahkan...muahahahaha



LOL,
ezam



Selasa, 14 Julai 2009

buntu idEa


(p/s:motiP aku letak gambar coLi?????)

aku ketuk2 keyboard.aku taip2.

aku padam balik.taip2.aku padam balik.

daLam kepala mcm bany
ak idea mahu ditulis.

bila dh mengadap laptop nih aku jadi buntu pula.

kurang tidur barangkaLi
.

arghhhhhhhh......masa untuk tidur.sampai jumpa laGi!


LOL,
ezam

testing!


entry pertama.

blog yg baru.

patah tumbuh hilang berganti.


percubaan.eksperimentasi.improvisasi.

untuk yang entah berapa kali.




LOL,
ezam

kemaskini hidup 2023!

 Hello Hello! Lama betul tidak kemaskini ini blog Masalahnya ada lagi ke yang baca blog? Semua duk layan TikTok je now ek After 2 years plu...