Sabtu, 15 Disember 2018

sorotan sepanjang 2018 seorang Ezam

assalamualaikum semua #achiklovers
teeeebah
hahaha

anyway
2018 tinggal beberapa hari sahaja lagi
so, resolusi tahun ini semua dah tercapai?
siapa belom, kita geng
hahahaha

wokeylah
kali ni macam nak throwback
kehidupan sepanjang 2018
ala ala soroton 2018 di Buletin Utama
katakawww
hahaha

January 2018
selebrate new yer dekat 
hospital Tengku Ampuan Rahimah yáll
fes time juga naik ambulan
seriau den

ya since hujung tahun 2017
abah tak berapa nak sihat
sepanjang 2018 bermula lah
acara check in hospital
dah jadi macam acara bulanan

February 2018
register company di SSM Putrajaya
dapatlah juga income sesiket
simpan untuk masa depan
tapi tulah buat business tak ada modal ni
susah sikit

anyway
tidak berjalan lancar seperti yang di harapkan
ingatkan boleh lah kaut untung besar besaran masa raya
tapi tak ada rejeki sangat
tak apa lah
kita belajar dari kesilapan

March/April 2018
The busiest month this year
the biggest fashion show i pernah manage
126 models + 1000 guests
di Majestic Hotel KL
engko mampu hari fesyen show 
pakai sweatpants n t shirt je
lari sana lari sini
dari pagi sampai habis
tak sempat pun nak dress up
dan mencalit solekan di wajah
hahahah

walaupun ada pelbagai drama
suka dan duka
but we manage to hadapi semuanya
Alhamdulillah 
berjalan lancar
malam tu semua happy happy
pagi esoknya kena maki
hahahahahahahahahhahaah
yang terindah hanyalah sementara





May/June 2018
masih juga busy
photoshoot artis &katalog
gila jugak tahun ni sebab
ada ramai artis untuk satu kempen
siti nordiana, nabila razali, alif satar, atikah suhaimie
fikry ibrahim, janna nick, asad motawh, asyallie
amar baharin, amyra rosli, aqeef anaqi
macam biasa
planning macam gempak
execution non hado
kita follow the flow sajor
ya
bulan puasa juga berkerja sampai lewat malam
photoshoot catalogue tak sudah
terawikh tah ke mana tadarus tak jumpa jumpa
hahahaha







alhamdulillah semuanya juga berjalan lancar
walaupun macam macam drama mama berlaku
kalau buat sorang memang mathy den
nasib lah juga ada team yang membantu

bulan May juga sempatlah ke Singapura
bukak booth under Zoud
sale gempak jugalah sebab bawak nabil kan
tapi tulah, lepas tolak sana sini
dapat tu je
hahahahhaah jadilah

raya tahun ni pun
simple simple je
sebab abah tak berapa sihat sangat
dapat belikan emak 
set sofa biasa biasa je
jadilah dari tak ada apa


ya saya tahu saya makin sehat
hahahahaha


July - September 2018
lepas raya semua sendu
hahaha
pas tu sorang sorang tinggalkan team
actually i pun tender resignation juga
penatlah ulang alik bangi - Sentul
tapi boss tak bagi
okay lah
kita layankan aje
mana tau naik gaji
#walaupun

bulan august
lagi sekali ke Singapura
bila ntah nak pergi London
tibahhhh

peristiwa tak boleh lupa
dalam mid september camtuh
kereta kena pecah
dan kereta satu lagi kena curi
adududududu
stress gila hidup
hahahaha
jadinya
ambik keputusan untuk cari 
rumah lain
rumah kecil pun jadilah
asalkan parking selamat

October - December 2018
awal bulan sepuloh
bermula lah kehidupan di rumah baru
banyak juga habis untuk membeli
barang barang rumah
alah rumah kecil tiang seribu je pon
dekat Batu Muda
tak jauh dari umah lama

bulan october juga
i daftar satu lagi kampeni baru di SSM
kali ni buat solo
kampeni dah ada 
tapi business tak run lagi
hahahaha
tak tau nak meniaga apa ni
bantuin nabila ya auloh
lol

awal disember lalu
Tuhan bagi sikit cobaan buat saya
sakit perut berpanjangan selam seminggu
judjur dah lama tak demam/sakit
sekali dia bagi pakej
sakit perut & sakit belakang
risau juga kot mati awal
tapi umur masih panjang
saya doa kat Tuhan
bagi peluang saya 
nak jaga emak abah dulu
5 kali keluar masuk HKL
Dr cakap tak ada apa apa
memanglah tak ada apa apa
sebab dia cek pun macam tu macam tu je
hahahaha
penat wei sebab 5x datang 
hospital ambik masa
minimum 3 jam untuk jumpa doktor
hari ketujuh sakit
baru lah okay
baru boleh membuang
berak itu meupakan satu nikmat ya tuan puan
hahahahahaha

....................................

hurmmmmm
haaa itu je lah sorotan 2018
yang tak berapa nak happening sangat

aim nak travel 
ke luar negara tahun ni tercapai
tahun ni tak naik kapal terbang pon
sobbs sobbss
mana tah yang janji nak ajak pi London tu
sobbs sobbs

apapun
syukur dipanjatkan kepada hadrat illahi
sebab memberikan kemudahan
dan kelancaran
dalam hidup saya
untuk meneruskan kehidupan
*tadah tangan berdoa*

saya juga ingin mngucapkan
berjuta juta terima kasih
kepada semua yang berurusan dengan saya 
sepanjang 2018 ini
ada salah silap
maaf di minta
harap 2019 kita dapat bertemu 
dalam keadaan mesra dan baik baik sahaja
tanpa anda, siapalah saya
haaagitew

harap harapnya
2019 akan menjadi lebih 
cemerlang, gemilang, terbilang

tak mintak banyak juga
cuma saya berharap
abah & emak dikurniakan kesihatan yang melimpah
saya dan ahli keluarga di berikan 
rezeki yang murah dan berpanjangan
dan kehidupan saya
sentiasa dipermudahkan
dan diberi kekuatan yang berganda ganda

bila kita menerima nikmat dari-Nya
dapatlah kita memberi sesama makhluk-Nya
inshaallah

dan saya juga berharap
agar kehidupan ini
sentiasa dipenuhi kasih sayang dan cinta
sesama manusia dan makhluk makhluk lainnya

dan,
saya mahu KURUS
wkwkwkwkwkwkwk


okaylah
sekian, untuk kali ini



yang sentiasa bersyukur walau tersungkur,
Achik Ezam

Khamis, 15 November 2018

sembang petang tentang masa hadapan

assalamualaikum
dah november dah
ke mana hala tuju resolusi 2018 kita agaknya?
hahahaha

mine ke laut dalam sudah
nak recover macam tak sempat dah
just follow the flow 
sampai 31/12/2018 sahajalah

sekarang ini
masanya untuk kita fikirkan
tentang 2019

apa yang kita mahukan di tahun 2019?
for me simple
new job
new business
new opportunity
new car
own new house
lose weight (lol)
travel to 
London, Paris, Milan
Bali, India, Maldives
calm life
enough sleep
kayakan diri sendiri
and the list goes on
LOL
simple kan

yang penting
bulan puasa i tak nak kerja sampai lewat malam
wkwkwkwwkwkwkwk

we'll see how

anyway
walaupun tahun 2018 tidak berapa menyerlah
namun Alhamdulillah
segala puji bagi Allah
bersyukur sangat atas segala anugerah

kita bersyukur aja lah

apapun 
saya mengharapkan
kesudahan yang baik baik untuk kita semua
hadapi semua dengan penuh ketabahan
okay mate



Sekian, belog untuk kali ini.

Yang tah antah ke mana mana,
Achik Ezam


Rabu, 19 September 2018

pecah kan kelisa dapat myvi

assalamualaikum
 tak jawab docer
kih kih kih

hey waddup pipol
how ya doing?
long time no update bersawang sawang dah

hari ni rajin sikit nak update 
sebab nak share satu peristiwa hitam yang berlaku
minggu lepas

okay, 
last week Jumaat (14/9/2018)
masa tu pagi nak pergi kerja
bila berjalan masuk lorong parking tu
i notice that myvi biru tu tak ada kat tempat i park
pastu duk pikir
eh gue ada tukar parking dia ke?
ye kot
(ps: kereta myvi tu zuzuk punya,
dia pergi ourtstation ke singapore)





lepas tu pergi dekat kelisa
rasa macam lain macam
siapa bukak tingkap kereta evoque i tu?
lupa tutup tingkap ke?
masa ni tak perasan kereta dah kena pecah
dia macam slow sikit
lambat nak pikap
hahaha
pastuh macam baru tersadar dari mimpi
eh kereta kena pecahlah
eh anjir kereta myvi dah takde lah
lepas tu tengok dashboard

EH KUNCI KERETA MYVI DAH TAK ADA DALAM DASHBOARD

panik woooo
selalu nampak kereta orang lain je kena pecah
kali ni kereta kita pulak kena
bukan setakat pecah
siap hilang lah pulak
terus call zuzuk update dia 

ps: kunci tu letak dalam dashboard sebab nak panaskan enjin kereta pepagi 
sebab member tu outstation dekat seminggu lebih. sebelum tu dah bawak naik, 
hari tu pulak tinggalkan dalam dashboard

pastu macam panik lagi tak pikir apa dah
pikir nak pergi balai je ni
setart setart kereta tak idup pulak
natey harey


pecah kaca pecah gelas

kenapa buang cermin kita merata rata?

ek eleh kereta buruk pon tak pandai start

kunci myvi ada dalam sini. tersorok di dalam celah cd tokti ni

dah repair kena dekat RM200 lah anjir

call osmet ingat nak mintak antar pi balai
call tak jawab sebab sure tak bangun lagi 
sebab dia tidoq lewat
takpelah jalan kaki je lah 
sebab nak cepat

pastu ada nampak mamat ni nak pi keje kot
ketuk cermin dia & bagitau kereta kena pecah
dia macam ermmm so?
hahahaa
lepas tu mintak dia hantar pih balai polis
dia macam 
eermmmm bij aku nak cepat pih kerja ni
tapi i dun care 
i terus pi tempat penumpang
and masuk kereta dia
hahahahahaha


dia drop kat bus stop tak jauh dari IPD Sentul
*sampainya ati sobbss*
hahaha
menapaklah sikit ke balai tu

sampai balai buat report
tengah tengah buat report 
sis polis tu tanya kerja kat mana buat apa
bagitau lah kerja kat primavalet
ooooo primavalet ke?
kalau saya datang boleh bagi diskaun tak?
*rolling eyes*
hahahahahhaah
hey kita tengah nerves ni kereta hilang ni
hahahahaha


report untuk kelisa

akhirnya setel dah buat report
manakala untuk kereta myvi
sis polis tu suruh owner buat report sendiri

lepas setel semua 
balik jalan kaki dari IPD Sentul ke rumah
takde lah jauh sangat
tapi berkicap jugalah sebab panas
hahahaha
pastu mesej boss bagitau tak masuk opis
sebab nak repair kereta

memula pergi kedai cermin, 
pasang cermin baru
lepas tu hantar kelisa pih RJ Worksyop
repair apa yang patut
lepas tu ada banyak pula
nak kena repair
bagitau abang tu
"buatlah yang terbaik"
lepas tu petang tu dah setel dia call
sampai woksyop hamekkkkk
RM850 repair kereta
hahahhahaahahaha
*nanges di bucu jalan*

malam tu lepas zuzuk touchdown
bawak dia ke IPD Sentul
and buat report untuk Myvi yang hilang tu pula


beza pulak i buat report dengan dia punya hahaha

oklah
kepada sesiapa yang nampak kereta sperti dibawah
Myvi 1.5 Biru
No Pendaftaran: WB7175V 
(plastic layer type, ada kesan gelembung sebab kena hujan panas)

1. Bumper depan sebelah kiri ada kesan calar berbentuk 'C'
2. Sticker Starbucks drive thru sebelah penumpang
3. Kaca signal side mirror belah pemandu pecah (one small hole)
4. Tayar Continental baru tukar
5. Cermin pemandu tak tinted sebab dulu pun pernah kena pecah

sapa nampak keter ni bagitau ek


sobbss sobbs
rasa bersalah juga ni sebab kan kita
kereta orang lain jadi mangsa
terus rasa macam nak nyanyi

malam tadi bobo di mana bobo syama syiapa
bikin ngapain aja
teebahhhhhh!!!!




moral of the story
jangan simpan kunci kereta atau kunci rumah
di dalam kereta
plus
kalau tak ada kerja, carilah kerja
YANG PERGI MENCURI BUAT APA SETAN!



Sekian, blog kali ini.

yang nak kaya tapi ngak mau kerja,
Achik Ezam

Jumaat, 12 Januari 2018

Welcoming 2018!

hello hello hello
waddup people
diam tak diam dah mid Jan 2018
how's your new year so far?
cemerlang? gemilang? atau kecundang?
lek ar awal lagi
huhuhu

anyway 
my 2018 not start very well
orang lain malam new year enjoy enjoy
i malam raya naik ambulan
neno neno neno
dari umah sampai sepital Klang
what an amazing experience
LOL

okay okay
abah not feeling very well
ada masalah buah pinggang 
few weeks before year end
cuma malam new year tu 
keadaan agak meruncing sedikit
merasalah merempit dalam ambulan

He was admitted nearly a week
2 malam di ICU
dan beberapa hari di wad 8A
Dr advise untuk dia jalan rawatan dialisis
at first dia enggan but
memang dah tak ada jalan lain
dia okay aje lah

sedih tengok conditon dia masa tu
bila dia dah okay sikit
and transfer dekat wad biasa 
lagilah sedih
sedih sebab keadaan wad 
padat, ketat, sendat
dipenuhi dengan orang 
orang tua yang sakit
sorang discaj sorang masuk
katil tak pernah ada yang kosong
kita pun bermalam jugalah di sepital
dari hari ahad
sampai ke hari selasa
berkampong di sana

abah discaj on Thursday
tapi condition still lagi weak
still lagi on & off duk sepital
untuk dialisis di 
end of ths month akan operate
untuk buat tapak permanent
untuk dalisis
currently hanya ada tapak sementara
hari tu dipeha
dan now di leher

awal minggu lepas juga
terpaksa lah repair aircond
after so long lol
kena lah juga RM1k
week before new year timing belt putus 
kena lah pulak RM500 lebih
korek mana mana patut nak bayar

kalau buat hal lagi
kita tukar Evoque terus
LOL
bulan depan road tax pulak mathy
acaner lah nak saving kalau camni
hahahaha

tak apalah 
adalah tu nanti
rejeki datang menjelma
janji jangan pernah give up
jatuh, bangun balik
aaaaagituh

apapun doakan abah kami
dipermudahkan segala urusan
inshaallah sihat sejahtera
dan panjang umurnya

kita ni anak anak 
belum puas lagi nak 
balas jasa orang tua kan
yelah kita ni pun asyik 
tersungkur ditengah jalan
tapi keep on berusaha nak
 merasa senang lenang
dan bagi kesenangan kat depa

walaubagaimana apapun terjadi
let's rock 2018
tahun ni tahun kumpol duit
tahun kumpol pengalaman
tahun kumpol kejayaan
tahun kita berusaha luar dari biasa
chaiyok chaiyok chaiyok
kemain semangat
lol
oklah nak bery bery dulu
jumpa tahun depan 
lol



sekian,belog untuk kali ini



yang terlebih lemak,
Achk Ezam

Selasa, 19 Disember 2017

2017 to go, 2018 come to me sayang sayang sayang

Assalamualaikum
it's been a while tak update kan
mati segan hidop tak mahu
blog ni
hahaha

anyway dah nak hujung tahun kan
pejam celik tergolek telanjang
dah sampai penghujung 2016
azam awal tahun dah tercapai ke?
ke laut dalam lol
hahaha
i'm going bigger & fatter
macam back to 90s
wth 96kg

me currently working at Bangi
tefak kan Bangi
tak pernah seumur hidop ni
terpikir nak kerja kat sini
it should be temporary, based on project,
sekali permananent daaaa
but well, 
God is a good planner kan
kita layan je

kalau ada job lagi better
kita go with the flow
mana tau ada orang bagi 2 juta
kita bisnes bisnes lah ek

oh ya,
abah currently not really sihat
dah warded for few days
kinda worried but let's hope
semuanya baik baik sahaja
dan semuanya dipermudahkan 
inshaallah

so, waddup for next year?
korang dah menanam azam?
atau mengulang semula azam lama?
atau tak berazam langsung?

for maself,
i just wish 
whatever plans & project semuanya lancar
sihat tubuh badan
dan akal fikiran
yang dberikan Allah swt

juga,
duit mengalir masuk dalam akaun macam air terjun
duduk goyang kaki kat banglo dipinggir bandar
teewbahhh

well well
ngak salah untuk berangan kan
free je pun
but yeah
work harder, work smarter ya beetch
stop wishing, start doing
inshaauloh
aaaagituhhh

ok gais,
walau apapun terjadi
susah senang ke kita,
jangan sesekali lupakan emak ayah
dan juga sahabat yang banyak membantu kita

sekian untuk kali ini.


yang dahagakan uang ringgit, dollar,pound,euro,
Achik Ezam


Khamis, 18 Mei 2017

not a good ending.

Assalamualaikum

hey hai y'all
harap semuanya sehat sehat sahaja
dah nak msuk hujung May
how's everyone?

masih ingat entry Anniversary saya
and yeah
just want to announce that
i am no longer with them

i am truly love what i am doing
i love my job
but hey
Jodoh tidak panjang
perjalanan karier saya
berakhir semalam

and yeah
nothing last forever!

untuk rakan rakan sepejabat
banyak kenangan kita bersama
banyak projek halal dan haram
kita buat bersama
hahaha

i am truly sorry sebab i end it that way
i didn't plan it
cumanya
i really really cannot make it

Letting go is hard
but sometimes
holding on is harder

anyway
i am very straightforward person
if i did something wrong, advise me
if you don't like me, tell me
if you need something from me, ask me
never ever back-stab me

i am not really sure
what my future will be
but what i am sure is
i am survivor

to a friend
you know who you are
thank you for your advice
thank you for your support
thank you for being there
when i need you the most

apapun
life goes on
pandai lah nanti cari sumber kehidupan

doakan yang terbaik buat saya
dan semoga saya akan terus memberikan yang terbaik
untuk meneruskan sisa sisa kehidupan

enjoy
last TVC handle by me, by us
A&P team


(p.s: selalunya daus dah membebel ni sebab i berenti kerja ni)



yang sedang menanam anggur,
Achik Ezam