Rabu, 19 September 2018

pecah kan kelisa dapat myvi

assalamualaikum
 tak jawab docer
kih kih kih

hey waddup pipol
how ya doing?
long time no update bersawang sawang dah

hari ni rajin sikit nak update 
sebab nak share satu peristiwa hitam yang berlaku
minggu lepas

okay, 
last week Jumaat (14/9/2018)
masa tu pagi nak pergi kerja
bila berjalan masuk lorong parking tu
i notice that myvi biru tu tak ada kat tempat i park
pastu duk pikir
eh gue ada tukar parking dia ke?
ye kot
(ps: kereta myvi tu zuzuk punya,
dia pergi ourtstation ke singapore)





lepas tu pergi dekat kelisa
rasa macam lain macam
siapa bukak tingkap kereta evoque i tu?
lupa tutup tingkap ke?
masa ni tak perasan kereta dah kena pecah
dia macam slow sikit
lambat nak pikap
hahaha
pastuh macam baru tersadar dari mimpi
eh kereta kena pecahlah
eh anjir kereta myvi dah takde lah
lepas tu tengok dashboard

EH KUNCI KERETA MYVI DAH TAK ADA DALAM DASHBOARD

panik woooo
selalu nampak kereta orang lain je kena pecah
kali ni kereta kita pulak kena
bukan setakat pecah
siap hilang lah pulak
terus call zuzuk update dia 

ps: kunci tu letak dalam dashboard sebab nak panaskan enjin kereta pepagi 
sebab member tu outstation dekat seminggu lebih. sebelum tu dah bawak naik, 
hari tu pulak tinggalkan dalam dashboard

pastu macam panik lagi tak pikir apa dah
pikir nak pergi balai je ni
setart setart kereta tak idup pulak
natey harey


pecah kaca pecah gelas

kenapa buang cermin kita merata rata?

ek eleh kereta buruk pon tak pandai start

kunci myvi ada dalam sini. tersorok di dalam celah cd tokti ni

dah repair kena dekat RM200 lah anjir

call osmet ingat nak mintak antar pi balai
call tak jawab sebab sure tak bangun lagi 
sebab dia tidoq lewat
takpelah jalan kaki je lah 
sebab nak cepat

pastu ada nampak mamat ni nak pi keje kot
ketuk cermin dia & bagitau kereta kena pecah
dia macam ermmm so?
hahahaa
lepas tu mintak dia hantar pih balai polis
dia macam 
eermmmm bij aku nak cepat pih kerja ni
tapi i dun care 
i terus pi tempat penumpang
and masuk kereta dia
hahahahahaha


dia drop kat bus stop tak jauh dari IPD Sentul
*sampainya ati sobbss*
hahaha
menapaklah sikit ke balai tu

sampai balai buat report
tengah tengah buat report 
sis polis tu tanya kerja kat mana buat apa
bagitau lah kerja kat primavalet
ooooo primavalet ke?
kalau saya datang boleh bagi diskaun tak?
*rolling eyes*
hahahahahhaah
hey kita tengah nerves ni kereta hilang ni
hahahahaha


report untuk kelisa

akhirnya setel dah buat report
manakala untuk kereta myvi
sis polis tu suruh owner buat report sendiri

lepas setel semua 
balik jalan kaki dari IPD Sentul ke rumah
takde lah jauh sangat
tapi berkicap jugalah sebab panas
hahahaha
pastu mesej boss bagitau tak masuk opis
sebab nak repair kereta

memula pergi kedai cermin, 
pasang cermin baru
lepas tu hantar kelisa pih RJ Worksyop
repair apa yang patut
lepas tu ada banyak pula
nak kena repair
bagitau abang tu
"buatlah yang terbaik"
lepas tu petang tu dah setel dia call
sampai woksyop hamekkkkk
RM850 repair kereta
hahahhahaahahaha
*nanges di bucu jalan*

malam tu lepas zuzuk touchdown
bawak dia ke IPD Sentul
and buat report untuk Myvi yang hilang tu pula


beza pulak i buat report dengan dia punya hahaha

oklah
kepada sesiapa yang nampak kereta sperti dibawah
Myvi 1.5 Biru
No Pendaftaran: WB7175V 
(plastic layer type, ada kesan gelembung sebab kena hujan panas)

1. Bumper depan sebelah kiri ada kesan calar berbentuk 'C'
2. Sticker Starbucks drive thru sebelah penumpang
3. Kaca signal side mirror belah pemandu pecah (one small hole)
4. Tayar Continental baru tukar
5. Cermin pemandu tak tinted sebab dulu pun pernah kena pecah

sapa nampak keter ni bagitau ek


sobbss sobbs
rasa bersalah juga ni sebab kan kita
kereta orang lain jadi mangsa
terus rasa macam nak nyanyi

malam tadi bobo di mana bobo syama syiapa
bikin ngapain aja
teebahhhhhh!!!!




moral of the story
jangan simpan kunci kereta atau kunci rumah
di dalam kereta
plus
kalau tak ada kerja, carilah kerja
YANG PERGI MENCURI BUAT APA SETAN!



Sekian, blog kali ini.

yang nak kaya tapi ngak mau kerja,
Achik Ezam

Jumaat, 12 Januari 2018

Welcoming 2018!

hello hello hello
waddup people
diam tak diam dah mid Jan 2018
how's your new year so far?
cemerlang? gemilang? atau kecundang?
lek ar awal lagi
huhuhu

anyway 
my 2018 not start very well
orang lain malam new year enjoy enjoy
i malam raya naik ambulan
neno neno neno
dari umah sampai sepital Klang
what an amazing experience
LOL

okay okay
abah not feeling very well
ada masalah buah pinggang 
few weeks before year end
cuma malam new year tu 
keadaan agak meruncing sedikit
merasalah merempit dalam ambulan

He was admitted nearly a week
2 malam di ICU
dan beberapa hari di wad 8A
Dr advise untuk dia jalan rawatan dialisis
at first dia enggan but
memang dah tak ada jalan lain
dia okay aje lah

sedih tengok conditon dia masa tu
bila dia dah okay sikit
and transfer dekat wad biasa 
lagilah sedih
sedih sebab keadaan wad 
padat, ketat, sendat
dipenuhi dengan orang 
orang tua yang sakit
sorang discaj sorang masuk
katil tak pernah ada yang kosong
kita pun bermalam jugalah di sepital
dari hari ahad
sampai ke hari selasa
berkampong di sana

abah discaj on Thursday
tapi condition still lagi weak
still lagi on & off duk sepital
untuk dialisis di 
end of ths month akan operate
untuk buat tapak permanent
untuk dalisis
currently hanya ada tapak sementara
hari tu dipeha
dan now di leher

awal minggu lepas juga
terpaksa lah repair aircond
after so long lol
kena lah juga RM1k
week before new year timing belt putus 
kena lah pulak RM500 lebih
korek mana mana patut nak bayar

kalau buat hal lagi
kita tukar Evoque terus
LOL
bulan depan road tax pulak mathy
acaner lah nak saving kalau camni
hahahaha

tak apalah 
adalah tu nanti
rejeki datang menjelma
janji jangan pernah give up
jatuh, bangun balik
aaaaagituh

apapun doakan abah kami
dipermudahkan segala urusan
inshaallah sihat sejahtera
dan panjang umurnya

kita ni anak anak 
belum puas lagi nak 
balas jasa orang tua kan
yelah kita ni pun asyik 
tersungkur ditengah jalan
tapi keep on berusaha nak
 merasa senang lenang
dan bagi kesenangan kat depa

walaubagaimana apapun terjadi
let's rock 2018
tahun ni tahun kumpol duit
tahun kumpol pengalaman
tahun kumpol kejayaan
tahun kita berusaha luar dari biasa
chaiyok chaiyok chaiyok
kemain semangat
lol
oklah nak bery bery dulu
jumpa tahun depan 
lol



sekian,belog untuk kali ini



yang terlebih lemak,
Achk Ezam

Selasa, 19 Disember 2017

2017 to go, 2018 come to me sayang sayang sayang

Assalamualaikum
it's been a while tak update kan
mati segan hidop tak mahu
blog ni
hahaha

anyway dah nak hujung tahun kan
pejam celik tergolek telanjang
dah sampai penghujung 2016
azam awal tahun dah tercapai ke?
ke laut dalam lol
hahaha
i'm going bigger & fatter
macam back to 90s
wth 96kg

me currently working at Bangi
tefak kan Bangi
tak pernah seumur hidop ni
terpikir nak kerja kat sini
it should be temporary, based on project,
sekali permananent daaaa
but well, 
God is a good planner kan
kita layan je

kalau ada job lagi better
kita go with the flow
mana tau ada orang bagi 2 juta
kita bisnes bisnes lah ek

oh ya,
abah currently not really sihat
dah warded for few days
kinda worried but let's hope
semuanya baik baik sahaja
dan semuanya dipermudahkan 
inshaallah

so, waddup for next year?
korang dah menanam azam?
atau mengulang semula azam lama?
atau tak berazam langsung?

for maself,
i just wish 
whatever plans & project semuanya lancar
sihat tubuh badan
dan akal fikiran
yang dberikan Allah swt

juga,
duit mengalir masuk dalam akaun macam air terjun
duduk goyang kaki kat banglo dipinggir bandar
teewbahhh

well well
ngak salah untuk berangan kan
free je pun
but yeah
work harder, work smarter ya beetch
stop wishing, start doing
inshaauloh
aaaagituhhh

ok gais,
walau apapun terjadi
susah senang ke kita,
jangan sesekali lupakan emak ayah
dan juga sahabat yang banyak membantu kita

sekian untuk kali ini.


yang dahagakan uang ringgit, dollar,pound,euro,
Achik Ezam


Khamis, 18 Mei 2017

not a good ending.

Assalamualaikum

hey hai y'all
harap semuanya sehat sehat sahaja
dah nak msuk hujung May
how's everyone?

masih ingat entry Anniversary saya
and yeah
just want to announce that
i am no longer with them

i am truly love what i am doing
i love my job
but hey
Jodoh tidak panjang
perjalanan karier saya
berakhir semalam

and yeah
nothing last forever!

untuk rakan rakan sepejabat
banyak kenangan kita bersama
banyak projek halal dan haram
kita buat bersama
hahaha

i am truly sorry sebab i end it that way
i didn't plan it
cumanya
i really really cannot make it

Letting go is hard
but sometimes
holding on is harder

anyway
i am very straightforward person
if i did something wrong, advise me
if you don't like me, tell me
if you need something from me, ask me
never ever back-stab me

i am not really sure
what my future will be
but what i am sure is
i am survivor

to a friend
you know who you are
thank you for your advice
thank you for your support
thank you for being there
when i need you the most

apapun
life goes on
pandai lah nanti cari sumber kehidupan

doakan yang terbaik buat saya
dan semoga saya akan terus memberikan yang terbaik
untuk meneruskan sisa sisa kehidupan

enjoy
last TVC handle by me, by us
A&P team


(p.s: selalunya daus dah membebel ni sebab i berenti kerja ni)



yang sedang menanam anggur,
Achik Ezam


Sabtu, 29 April 2017

perginya seorang sahabat

Assalamualaikum



i lost one good friend
a very good friend,
Mohd Firdaus Abdul Hamid
hari isnin 24/4/2017
seorang sahabat yang saya kenal 
dan akrab sejak tahun 1997
dari zaman matrikulasi UIA
sehinggalah ke hari ini
i/we call him daus

Pada hari kejadian
i was soo busy dengan preparation
 untuk tvc shooting
asniza, (staff & kawan daus)
 pm me on FB
tepat jam 1.15pm
"Achik Btul ke fir mnggal????"
i said "Eh bior betul"

knowing Daus yang suka berguraukan
siapa yang percaya
mana tau depa pakat nak prank

"Ko baca kt fb!!!Skrg!
Menggigil aku
Ko call adik dia khayr hameed Plsss"

Ya Allah menggeletar seluruh badan
bila baca posting his sister on FB


still in denial
i call his number
tak pick up
hurmmmmmmmmmmmm

i inform my colleague
nak minta diri sebenatar
masuk bilik meeting kosong
and menangis beriya iya

tak ada angin
tak ada ribut
tiba tiba kawan yang paling ceria
 dalam dunia dah tak ada

ingatkan eksiden
rupanya sakit dan sudah semingggu terlantar
tiada siapa pun tahu

rasa sedih rasa marah
semua bercampur
sedih sebab dia dah tak ada
marah sebab you tak boleh marah dia
kenapa tak bagitau orang yang you sakit!
haku bukan kawan kau ke???????

and yeah,
he didn't inform his family pun abouit his condition
dia tak mahu susahkan sesiapaun
born alone, die alone katanya
pukol kang!!!!!!
geram pulak abang!

knowing him
dia seorang yang tak penah
susahkan kengkawan
bahkan
dialah yang selalu tolong kawan 

sebilik dengan dia masa matrik
dia kuat membebel
pagi petang siang malam dia membebel
dia suka menyanyi
dia akan nyanyi lagu ziana zain sekuat alam
dia juga suka Caren Carpenters
pasang lagu kuat kuat dalam bilik
dia seorang yang pembersih
bangun tidur katil dia kemas
dan dia kemaskan juga katil saya
hahaha

dia suka perfume
ya dia dulu selalu borong perfume 
kat Mydin
mydin je ke?
sembur satu badan
bau dia ya Allah
boleh mati
hahahahahaha
"al fawaqeh" nama perfume tu

dia suka beli barang makanan
tapi dia tak makan sangat
sayalah yang tukang rembat makanan dia
hahahaha
dia suka pergi Mydin Jalan TAR
dia suka pergi Batu Road Supermarket
Dia suka pergi TMC Bangsar

saya satu kelas dengan dia juga
dia paling kuat menyakat
dia paling peramah
dia paling kuat menganjing sekali
dan saya adalah side kicknya
kalau dia batman saya kira robin lah
hahahahaha
sebab masa matrik dulu saya pemalu
hahahaha

ada sekali tu
lecturer kami  dari zimbabwe
terlupa tutup zip
i look at daus
daus look at me
lepas tu dia bantai gelak
lecturer tu pon sampai naik perasan
tapi control macho

lepas tu
ada pula sorang budak pempuan ni
beli bag baru
DKNY
bukan Donna Karen
tapi Donna Karem
Dia selamba badak je tegor
"ayu! orang pakai donna karen, ko pakai donna karem"
mengekek saya gelak
nakal betul setan cekor ni
hahhahahaha

dekat kelas tilawah
dia punyalah menganjing 
kengkawan yang tak pandai mengaji
mengekek ngekek dia gelakkan orang
sekali time turn dia
dia ngaji pon salah
hahahahahahahaha
saya lah orang paling besar ketawa

Ya Tuhan
banyak betul memori dengan cetan ni
hahaha
Ya kami memang kasar kalau bergurau
siapa yang friend kami berdua dalam FB memang tahu lah
tapi kami tak ambil hati
you know, best friend
LOL

cuma pernah sekali je merajuk dengan dia
sebab ada sekali masa kita tengah mandi
dia panjat jamban sebelah dia kejutkan kita dari atas
hahahahahahahahah
hanjeng!!!!!
ada 2-3 hari jugaklah tak bercakap dengan dia
sebab i malu okay
hahahahaha

masuk sama, grad pon sama tapi dia fail subjek ustat rashid hahaha

masuk degree
kami dah tak sama bilik
tapi still same fakulti
cuma dia  ambil PR
i ambil Media
masa tu juga i selalu balik rumah
tapi still kawan lah
but we grad sama
sama turn juga
nak jugak menyibuk
hahaha

bila dah kerja 
kami still contact
kalau ada kesempatan
saya akan turun JB
tompang umah dia
kalau dia turun KL
and saya free kita jumpa
dan selalu bila jumpa
dia akan belanja
dia akan bayar makan
tak pernah sekali pun saya bayar
sebab dia tau kawan dia ni tak guna sikit
miskin manjang
hahahhahaahaha

dia akan tanya
"kau nak pow aku kat mana kali ni"
hahahahahahaha
damn i will definitely miss him

and yeah
perjalanan karier hidup saya juga 
agak celaru
so kadang berhenti kerja
kadang kerja baru
tukar kerja sana
tukar kerja sini

dan daus adalah orang 
yang paling kuat bebelkan saya
ko ni kenapa berhenti kerja
haaa berhenti kerja lagi
apa masalah ko
bla bla bla bla
dia akan membebel
dan membebel lagi

bila saya komplen pasal kerja
dia akan membebel dan membebel lagi
hahahahahaha
sekarang dah tak ada dah 
kawan yang akan bebelkan saya

saya is sedih



sepanjang 20 tahun menjadi seorang kawan
dia tak pernah berdukalara
dia tak pernah up status meroyan 5-6 perenggan
dia adalah seorang yang happy
walaupun ada sekali dia dibuli buli manja
dia tak ambil port pun dengan yang membuli
hahahahahahaha
oh i miss the "kill me" jokes
hahahahahahahaha

dia tak pernah susahkan kawan
kawan dialah yang menyusahkan dia

dah berapa kali dia ajak pergi rumah baru dia
saya cakap nanti lah nanti bila cuti
berapa kali lah plan nak ke JB tu
tapi asik tak menjadi

 akhirnya ke Johor untuk 
pergi ke rumah baru beliau yang abadi
yang pergi tak akan sesekali kembali

Daus,
why so soon?
siapa nak membebel kat i lagi?
siapa yang i nak pow bila ke JB nanti?
siapa lagi yang nak send location kat INTAN bagi hint ajak jumpa? 
walaupun sebenarnya you dah nk odw balik jilaka hahaha
siapa lagi i nak carik kalau i memerlukan gosip terkini?
siapa lagi yang akan call i menganjing i secara tulus?
siapa lagi yang nak bitch slutkan i di Facebook?
siapa lagi i nak update kalau i nk berenti kerja?
siapa lagi i nak riak kalau i ada kerja baru?

dah tak ada sapa.

i sedih.



Aku harap kau ampunkan segala salah silap aku
halalkan makan minum aku,
makan minum yang aku rembat dalam almari kau
perfume kau yang aku spray spray masa aku tido umah kau
kerepek kerepek yang aku habiskan masa aku tido umah ko

semoga Allah mengampuni segala dosa dosa mu
Ya Allah ampunilah dosa cebol sorang ni
anak yang baik
abang yang baik
adik yang baik
kawan yang baik
boss yang baik
staff yang baik
kawan yang baik

Good bye Bitch!
RIP

15 March 2017 - hari terakhir kita berjumpa dan bergurau senda 


hidup adakalanya mengelirukan, tapi mati itu pasti



yang takut mati,
Achik ezam