Sabtu, 29 April 2017

perginya seorang sahabat

Assalamualaikum



i lost one good friend
a very good friend,
Mohd Firdaus Abdul Hamid
hari isnin 24/4/2017
seorang sahabat yang saya kenal 
dan akrab sejak tahun 1997
dari zaman matrikulasi UIA
sehinggalah ke hari ini
i/we call him daus

Pada hari kejadian
i was soo busy dengan preparation
 untuk tvc shooting
asniza, (staff & kawan daus)
 pm me on FB
tepat jam 1.15pm
"Achik Btul ke fir mnggal????"
i said "Eh bior betul"

knowing Daus yang suka berguraukan
siapa yang percaya
mana tau depa pakat nak prank

"Ko baca kt fb!!!Skrg!
Menggigil aku
Ko call adik dia khayr hameed Plsss"

Ya Allah menggeletar seluruh badan
bila baca posting his sister on FB


still in denial
i call his number
tak pick up
hurmmmmmmmmmmmm

i inform my colleague
nak minta diri sebenatar
masuk bilik meeting kosong
and menangis beriya iya

tak ada angin
tak ada ribut
tiba tiba kawan yang paling ceria
 dalam dunia dah tak ada

ingatkan eksiden
rupanya sakit dan sudah semingggu terlantar
tiada siapa pun tahu

rasa sedih rasa marah
semua bercampur
sedih sebab dia dah tak ada
marah sebab you tak boleh marah dia
kenapa tak bagitau orang yang you sakit!
haku bukan kawan kau ke???????

and yeah,
he didn't inform his family pun abouit his condition
dia tak mahu susahkan sesiapaun
born alone, die alone katanya
pukol kang!!!!!!
geram pulak abang!

knowing him
dia seorang yang tak penah
susahkan kengkawan
bahkan
dialah yang selalu tolong kawan 

sebilik dengan dia masa matrik
dia kuat membebel
pagi petang siang malam dia membebel
dia suka menyanyi
dia akan nyanyi lagu ziana zain sekuat alam
dia juga suka Caren Carpenters
pasang lagu kuat kuat dalam bilik
dia seorang yang pembersih
bangun tidur katil dia kemas
dan dia kemaskan juga katil saya
hahaha

dia suka perfume
ya dia dulu selalu borong perfume 
kat Mydin
mydin je ke?
sembur satu badan
bau dia ya Allah
boleh mati
hahahahahaha
"al fawaqeh" nama perfume tu

dia suka beli barang makanan
tapi dia tak makan sangat
sayalah yang tukang rembat makanan dia
hahahaha
dia suka pergi Mydin Jalan TAR
dia suka pergi Batu Road Supermarket
Dia suka pergi TMC Bangsar

saya satu kelas dengan dia juga
dia paling kuat menyakat
dia paling peramah
dia paling kuat menganjing sekali
dan saya adalah side kicknya
kalau dia batman saya kira robin lah
hahahahaha
sebab masa matrik dulu saya pemalu
hahahaha

ada sekali tu
lecturer kami  dari zimbabwe
terlupa tutup zip
i look at daus
daus look at me
lepas tu dia bantai gelak
lecturer tu pon sampai naik perasan
tapi control macho

lepas tu
ada pula sorang budak pempuan ni
beli bag baru
DKNY
bukan Donna Karen
tapi Donna Karem
Dia selamba badak je tegor
"ayu! orang pakai donna karen, ko pakai donna karem"
mengekek saya gelak
nakal betul setan cekor ni
hahhahahaha

dekat kelas tilawah
dia punyalah menganjing 
kengkawan yang tak pandai mengaji
mengekek ngekek dia gelakkan orang
sekali time turn dia
dia ngaji pon salah
hahahahahahahaha
saya lah orang paling besar ketawa

Ya Tuhan
banyak betul memori dengan cetan ni
hahaha
Ya kami memang kasar kalau bergurau
siapa yang friend kami berdua dalam FB memang tahu lah
tapi kami tak ambil hati
you know, best friend
LOL

cuma pernah sekali je merajuk dengan dia
sebab ada sekali masa kita tengah mandi
dia panjat jamban sebelah dia kejutkan kita dari atas
hahahahahahahahah
hanjeng!!!!!
ada 2-3 hari jugaklah tak bercakap dengan dia
sebab i malu okay
hahahahaha

masuk sama, grad pon sama tapi dia fail subjek ustat rashid hahaha

masuk degree
kami dah tak sama bilik
tapi still same fakulti
cuma dia  ambil PR
i ambil Media
masa tu juga i selalu balik rumah
tapi still kawan lah
but we grad sama
sama turn juga
nak jugak menyibuk
hahaha

bila dah kerja 
kami still contact
kalau ada kesempatan
saya akan turun JB
tompang umah dia
kalau dia turun KL
and saya free kita jumpa
dan selalu bila jumpa
dia akan belanja
dia akan bayar makan
tak pernah sekali pun saya bayar
sebab dia tau kawan dia ni tak guna sikit
miskin manjang
hahahhahaahaha

dia akan tanya
"kau nak pow aku kat mana kali ni"
hahahahahahaha
damn i will definitely miss him

and yeah
perjalanan karier hidup saya juga 
agak celaru
so kadang berhenti kerja
kadang kerja baru
tukar kerja sana
tukar kerja sini

dan daus adalah orang 
yang paling kuat bebelkan saya
ko ni kenapa berhenti kerja
haaa berhenti kerja lagi
apa masalah ko
bla bla bla bla
dia akan membebel
dan membebel lagi

bila saya komplen pasal kerja
dia akan membebel dan membebel lagi
hahahahahaha
sekarang dah tak ada dah 
kawan yang akan bebelkan saya

saya is sedih



sepanjang 20 tahun menjadi seorang kawan
dia tak pernah berdukalara
dia tak pernah up status meroyan 5-6 perenggan
dia adalah seorang yang happy
walaupun ada sekali dia dibuli buli manja
dia tak ambil port pun dengan yang membuli
hahahahahahaha
oh i miss the "kill me" jokes
hahahahahahahaha

dia tak pernah susahkan kawan
kawan dialah yang menyusahkan dia

dah berapa kali dia ajak pergi rumah baru dia
saya cakap nanti lah nanti bila cuti
berapa kali lah plan nak ke JB tu
tapi asik tak menjadi

 akhirnya ke Johor untuk 
pergi ke rumah baru beliau yang abadi
yang pergi tak akan sesekali kembali

Daus,
why so soon?
siapa nak membebel kat i lagi?
siapa yang i nak pow bila ke JB nanti?
siapa lagi yang nak send location kat INTAN bagi hint ajak jumpa? 
walaupun sebenarnya you dah nk odw balik jilaka hahaha
siapa lagi i nak carik kalau i memerlukan gosip terkini?
siapa lagi yang akan call i menganjing i secara tulus?
siapa lagi yang nak bitch slutkan i di Facebook?
siapa lagi i nak update kalau i nk berenti kerja?
siapa lagi i nak riak kalau i ada kerja baru?

dah tak ada sapa.

i sedih.



Aku harap kau ampunkan segala salah silap aku
halalkan makan minum aku,
makan minum yang aku rembat dalam almari kau
perfume kau yang aku spray spray masa aku tido umah kau
kerepek kerepek yang aku habiskan masa aku tido umah ko

semoga Allah mengampuni segala dosa dosa mu
Ya Allah ampunilah dosa cebol sorang ni
anak yang baik
abang yang baik
adik yang baik
kawan yang baik
boss yang baik
staff yang baik
kawan yang baik

Good bye Bitch!
RIP

15 March 2017 - hari terakhir kita berjumpa dan bergurau senda 


hidup adakalanya mengelirukan, tapi mati itu pasti



yang takut mati,
Achik ezam


3 ulasan:

Kemar Kematz berkata...

Sebak...sbb masa dok bilal dia sebilik dgn kami...azam n indra....huhuhu....mmg katil kami dia kemas....brg mknan kami beli...dia yg akan readykan ayaq bila nk p klas....huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun rindu huhu..
Dia mmg suka carot tapi bukan menghina..
Mcm nak nanges sama2 huhu..

Dan aku yg reply when dia kata born alone.. die alone..

Kes semalam yg dia maksudkan.. kwn skul kami ada accident meninggal 3 org adik beradik skaligus.

40 days selepas itu dia yg pergi..

Semua sayang dia..
Aku nak buat kelas pizza yang dia nak sangat belajarrr!!!!! Bukan rezeki huhu..
Sebab dia asyik kata nak cari side income.. beria dia nak belajar buat roti dan pizza..
Allah tak izin.. sebab dia tak lama huhu..

W. Hidney berkata...

dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.