Rabu, 27 Mac 2019

Life's good

Assalamualaikum
hello hello semua
sekejap je dah hujung bulan march kan?
how's your life so far?
dah capai azam 2019?
atau sudah capek untuk mengejar azam?
hahaha

anyway harap yang baik baik 
buat kalian semua
dan saya juga

as you know
my last day at work
was in January kan
lepas tu Februari
i macam honeymon kejap
then March baru macam aktif
mencari pekerjaan

tapi masa February tu pun 
dah start dah apply sana sini
via Jobstreet

actually kan
berhenti kerja at your 40
kira berisiko tinggi
apatah lagi tanpa ada back up
haha gila


ramai tanya kenapa berhenti kerja
even my emak pon bising juga
tapi tulah
yang menghadapnya kita
bukan suka suki nak resign ni
apatah lagi dalam keadaan
ekonomi yang tak menentu

bagi saya,
it's either you fight or fly
and i choose to fly away
malas nak memperjuangkan
sesuatu yang menyesakkan otak
hahahaha
rezeki ada di mana mana
cepat atau lambat je
janji jangan putus asa
hagituh sedapkan hati sendiri
hahaha

so far adalah attend few interviews
walk-in, phone, email
jawapan aje belum diterima
maybe by this week kot
bersangka baik

dah umur umur macam ni 
kelakar juga pergi interview interview ni
ada yang bila dah sampai tempat interview
boleh rasa vibes dia macam eksaited
sanggup ni tunggu berjam jam
sebab rasa macam ada harapan
ada yang macam tak ada vibes
bila jumpa interviewer
pun rasa macam nak habis cepat
mula lah keluar jawapan yang diluar kotak
hahaha

tapi kan,
i need to improve my speaking
i need to cakap omputeh fluently
sekarang ni macam tergagap gagap pula
nervous kot
apatah lagi bersaing
dengan yang muda belia ni

actually,
i takde lah memilih kerja sangat
(katanya)
asalkan halal, flexible and environmentnya healthy
paling penting ada direction & gajinya sesuai dengan perkerjaan
tak nak lah kita buat banyak benda
tapi orang lain dapat nama
gaji suam suam kuku pula
lahhhh tiba mengungkit
hahahaha

dah 2 bulan tak bagi 
belanja dapor dekat emak
ralat juga
takpelah susah susah dahulu
Puasa pon dah dekat ni
risau juga raya menanam anggur
hahaha

menu bajet ketat haha
apapun,
pada yang membaca entry ini
doakanlah saya dapat pekerjaan
doakanlah saya dimurahkan rejeki
kalau tak dapat kerja
adalah peluang meniaga pula
pastinya saya akan mendoakan yang baik baik
buat kalian juga inshaallah
semoga kebaikan milik kita semua

oh sebelum itu
saya juga baru berjinak jinak
buat vlog
Like & SUBSCRIBE 
Youtube channel saya okay
wahhh promote
wkwkwkwkwwk
nah belanja satu ootd
tiiibahhh


oklah
sampai sini dulu
ada rejeki kita jumpa lagi

semaikan cinta, buangkan benci



yang merindui "gajian",
Achik Ezam


Tiada ulasan:

Life's good

Assalamualaikum hello hello semua sekejap je dah hujung bulan march kan? how's your life so far? dah capai azam 2019? atau su...